Paling Penting! Pedoman belajar Sains Teras - Eksperimen Oh! Eksperimen...
Jan 22, 2011
Kalau dah namanya Sains, dah tentulah tak boleh lari daripada membuat eksperimen, ye tak??? Tetapi, pernahkah pelajar betul-betul tahu kenapa kita lakukan eksperimen?
Jika dihuraikan dari segi teori, eksperimen dilakukan untuk menyiasat sesuatu hipotesis / masalah. Betul tu.. Tetapi, lebih dari itu kita juga perlu menjawab soalan tentang eksperimen (soalan 10, kertas 2). Soalan tentang eksperimen juga terdapat pada Bahagian A kertas yang sama. Dalam erti kata yang lain, banyak markah yang akan disumbangkan dari pengetahuan tentang eksperimen.. Bahagian A = 20 dan soalan 10 = 10 markah. Jumlahnya 30 markah!
Selain itu, eksperimen juga dijadikan PEKA!
Jadi, pelajar...... Tolonglah! Buat eksperimen dengan sepenuh hati!
Apakah yang perlu anda beri perhatian sepenuhnya dalam melakukan eksperimen? Saya senaraikan di bawah
- tujuan
- hipotesis
- pembolehubah
- radas & bahan
- kaedah
- keputusan
- kesimpulan
Tujuan
Setiap kali hendak memulakan eksperimen, saya biasa akan tanya soalan begini.. "Hari ini kita nak kaji apa?" Katalah ..."Kesan pH" ..
"Kesan pH ke atas apa?"..... "ke atas pertumbuhan bakteria"
Bolehkah anda kenalpasti pembolehubahnya?
Pembolehubah
Saya sering meminta pelajar saya menyenaraikan pembolehubah setiap kali eksperimen. Kenapa? Kerana dari pembolehubah, kita boleh berikan membuat Hipotesis dan kesimpulan, serta merancang kaedah dengan mudah!
Daripada pernyataan di atas, seharusnya pelajar sudah dapat mengenalpasti pembolehubah dimanipulasikan (saya ringkaskan sebagai MV) dan pembolehubah bergerakbalas (RV)
Kesan pH ke atas pertumbuhan bakteriaUntuk memudahkan pelajar, kata kunci untuk MV ialah - kesan & RV ialah - ke atas yang saya gariskan. (maklumat lanjut ada dalam e-book)
Radas & Bahan
Perhatikan dan kenali radas & bahan yang anda gunakan... Pelajar, ini penting untuk ingatan anda.. Perhatikan betul-betul rupabentuk dan namanya.
Kaedah
Biasanya sesetengah guru hanya terus memberikan senarai kaedah yang perlu dilakukan oleh pelajar ketika eksperimen. Saya tidak suka cara itu kerana, pelajar akan terdorong untuk hanya menghafal sahaja.
Kesan buruk ialah kepada pelajar yang agak lepah tahap memorinya dan pelajar yang tak suka menghafal. Mereka akan tinggalkan terus dan tidak akan menjawab soalan ketika peperiksaan.
Untuk teknik menulis jawapan bolehlah rujuk ebook:
Biasanya saya akan kenalkan mereka dengan radas & bahan yang akan digunakan, kemudian saya akan suruh mereka nyatakan apa yang perlu dilakukan.. Kita perlu percaya pada pelajar!
Kesan pH ke atas pertumbuhan bakteria
Pelajar, lihat betul-betul cara penggunaan radas:
- Berapa banyak kesan pH nak digunakan?
" Tiga - asid, neutral, alkali" Nak guna berapa tabung uji? "Tiga" Jadi??
"Sediakan 3 tabung uji dan labelkan - BERASID, NEUTRAL, BERALKALI" atau
"LABEL A, B, & C"
"Tuang bubur nutrien ke dalam selinder penyukat"... berapa banyak?? Anda berikan isipadunya!
- Apabila bubur nutrien sudahpun di tuang, apa pula perlu dilakukan?
"Tambahkan dengan kultur bakteria" ....berapa banyak?? "1ml"
- Bubur nutrien sudah, bakteria pun sudah.. sekarang nak buat apa??? macam mana nak bezakan pHnya??
"Tambahkan asid hidroklorik dalam tabung uji A, ari suling dalam tabung uji B & natrium hidroksida dalam tabung uji C"
- OK... Semua dah ada, kemudian kena simpan tak??
"Simpan".... berapa lama??.. "2 hari" ......di mana?.... "dalam kabinet"
"Eram selama 2 hari di dalam kabinet"
- Lepas simpan, nak buat apa??
"Perhatikan".... perhatikan apanya??.... "keadaan bubur nutrien" .....bagaimana agaknya keadaannya?? "keruh atau tidak" ....lepas itu?......"catat dalam jadual"
"Perhatikan keadaan kekeruhan bubur nutrien dan catatkan di dalam jadual"
Saya harap dengan perkongsian ini pelajar tidak lagi fobia untuk menulis kaedah eksperimen. Tidak susah pun.. pelajar saya yang kelas hujung pun boleh lakukan! Walaupun mereka merangkak-rangkak ketikan membaca.
Kalau nak maklumat lanjut, kenalah beli ebook saya:
Wassalam,
Cikgu Norza
Guru Cemerlang Sains
0 comments:
Post a Comment